Sabtu, 26 Januari 2019

PERMUSAFIRAN


Permusafiran

Untuk coretan kali ini, saya memaparkan kisah permusafiran dalam melihat keindahan alam. Ya, walaupun di dalam negara atau luar negara, pasti ada keindahan-keindahan yang mengagumkan kita.

Namun, disebalik keindahan yang mengagumkan itu, adakah kita menyaksikan kekuatan dan kekuasaan Allah SWT pada ketika itu?

Baru-baru ini yang menjadikan saya lebih “terpandang” dalam melihat keindahan ini, apabila kita bermusafir dengan niat untuk mentadabbur alam.  Dengan erti kata yang lain, disebalik keindahan yang dijadikan itu, Allah SWT yang menjadikan dan memantulkan kecantikan dan keindahan itu.  Bersesuaian dengan sifat Jamal Allah.

Apabila kita “memandang” keindahan penciptaan ini, bukan mata penglihatan sahaja yang mengakui penciptaan itu, tetapi mata hati juga mengikuti dan selaras seterusnya tertunduk dan mengakui kebesaran Allah SWT.
Dalam permusafiran baru-baru ini, terlintas pada diri, maka benarlah kalam Allah SWT dalam al-Quran yang memberi petunjuk bagi orang yang bertaqwa:

إِنَّمَا قَوۡلُنَا لِشَيۡءٍ إِذَآ أَرَدۡنَٰهُ أَن نَّقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ ٤٠

Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: Jadilah engkau!, maka menjadilah ia.

Maka, dalam melihat keindahan alam, haruslah kita sentiasa melatih diri kita bahawa di sebalik kejadian adanya Allah SWT yang bersifat berkuasa atas sesuatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan