Jumaat, 22 Januari 2016

KAEDAH HAFAZAN SISTEM TURKI

Assalamualaikum.. lama tak bertemu dan bersua setelah sekian lama :)

Coretan kali ini untuk berkongsi tentang kaedah hafazan Al-Quran sistem TURKI.  Masa zaman saya dahulu, memang banyak dengar teknik baghdadi,jibril, dan sebagainya.. memang tak dinafikan teknik-teknik itu memang hebat, cuma pada batch saya ingin mencuba sistem yang baru dari sebelumnya. Ini sedikit perkongsian:

TEKNIK HAFAZAN
- Disarankan bertalaqqi dahulu dengan tok guru atau orang yang mahir membaca Al-Quran untuk memperbetulkan tajwid dan bacaan agar tidak tersalah sewaktu menghafalnya.
- Seusai bertalaqqi, si penghafaz itu haruslah membaca secara melihat mashaf sebanyak 10x minimumnya
- Apabila bersedia untuk menghafal, si penghafaz haruslah target menghafal beberapa potongan ayat dahulu atau mungkin setengah muka dahulu dan terus melancarkannya.  JANGAN SESEKALI BERGANJAK pada peringkat seterusnya jika peringkat awal tidak lancar.
- Selesai menghafal satu muka, si penghafal itu haruslah mengulang muka surat yang dihafal itu dengan mengulang sebanyak 30x minimumnya.
- Jika ada kemampuan, semasa mengulang itu, sertai dengan membaca nama surah dan nombor muka surat agar mudah pada kemudian hari apabila orang bertanya.. hehe.
- Ingatan seterusnya, jika ingin menghafal satu juz demi satu juz, lancarkan satu juz itu terlebih dahulu dengan mengulang 5x minimumnya sebelum berpindah pada juz yang seterusnya.

MASA HAFAZAN
- Pada zaman saya, waktu yang terbaik adalah sebelum atau selepas subuh kerana waktu itu masih fresh otak kita untuk menghafal. Jika tak berkemampuan, hafal lah pada waktu maghrib - isyak. Waktu ini kita tekankan dengan sepenuhnya.
- Waktu mengulang hafalan lama, tiada waktu yang ditentukan.  Cuma kebiasaan yang saya buat dalam waktu maghrib-isyak atau ambilah beberapa muka untuk diulang setiap waktu solat.

sekian coretan saya. wallahua'lam.  terima kasih.. SELAMAT MENCUBA . BYE :)