Jumaat, 16 November 2012

Assalamualaikum..moga2 kalian berada dlm rhmat,taufiq,inayah Allah SWT...
Sekadar secoret dua..moga2 memberi manfaat dan mnjd pengajaran dan teladan bg antum semua..sedikit ulasan yg ana ingin brkongsi dlm pengisian kali ini...Pengisian kali ini berkisarkan tntang amalan & kelebihan berzikir...hihihi..antaranya :
 1)Tiada batasan dlm brzikir..sepertimana yg kita tahu amalan berzikir tidak terbatas..tidak mngenal tmpat,tidak mengira waktu,tidak mengira keadaan kita macam mana sekalipun duduk ke,baring ke,berdiri ke...Subhanallah..Kita bebas dlm amalam brzikir ni..tidak seperti amalan lain seperti menunaikan haji..kita perlu pegi ke Mecca,tunaikan dlm waktu tertentu,ada pula syarat2 tertentu..


2)Zikir merupakan penyelamat daripada azab Allah SWT.

 Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:   "Tiada sesuatu yang dapat menyelamatkan seseorang daripada azab Allah SWT selain zikir kepada-Nya".(Riwayat At-Tirmidzi)..Selain itu dengan berzikir juga mampu untuk mententeramkan hati&jiwa kita..Kesimpulannya zikir merupakan sebaik-baik ibadat, ketaatan dan mendekatkan diri kita kepada al-Kholiq...Moga2 ada yg bermanfaat bg diri ana dan antum..waalahu'alam...
Assalam

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Salam Maal Hijrah 1434H

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari Maha Pencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini??. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan...
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sahabat yang dimuliakan, 
Jangan lupa untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah. 
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah...Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam


Khamis, 8 November 2012



Assalamualaikum rakan2 sekalian. Mohon kalian berada dlm rahmat dan inayah Ilahi.
Sebenarnye, tak ada ape nak diceritakan sangat. Tapi naluri utk menulis tu seakan-akan memanggil. Sekadar secoret dua, mudah-mudahan ade yang terkesan dan bermanfaat kepada antum semua.

Sangat menarik dn best, menyentuh hati,
. Persoalannya, adakah cukup amal bakti sy untuk mama dan abah. Terdetik dalam sanubari, adakah sy mendahulukan mama dan abah dalam segalanya. Layakkah sy jadi seperti Uwais Al-Qarni.?

Kisahnya Uwais Al-Qarni ni macam ni. Uwais hidup sezaman dengan Rasulullah yang amat kite kasihi. Uwais ni boleh je kalo nak bertemu dengan Rasulullah hari-hari. Bila Uwais dengar khabar tentang kemuliaan Rasulullah, Uwais mula cintakan Rasulullah. Uwais rindu sangat nak bertemu dengan Rasulullah. Senang citer, cintanya Uwais kepada Rasulullah sangat-sangat mendalam.

Tapi malangnya, Rasulullah ketika tu berada di Madinah. Uwais pulak dok kat Yaman. Perjalanan yang Uwais kene tempuh kalau nak jumpe dengan Rasulullah mungkin selama sebulan atau dua bulan. Tapi, itu bukan jadi masalah kepada Uwais. Yang jadi penghalang untuk Uwais bersua muka dengan Rasulullah adalah ibu Uwais. Uwais tak sanggup nak tinggalkan ibunya yang tua di Yaman, sdgkan dia bermusafir lama untuk ke Madinah berjumpa Rasulullah.

Uwais pendamkan cinta dan rindunya kepada Rasulullah smpai akhirnye Rasulullah wafat. Namun, kuasa Allah sangat hebat. Allah sampaikan cinta Uwais kepada Rasulullah, Rasulullah sebut nama Uwais kepada para sahabat Baginda. Rasulullah tahu yang Uwais ni nak sangat jumpe Baginda, namun baktinya kepada ibu yang tua lebih diutamakan. Akhirnya, Rasulullah wafat sebelum sempat Uwais menemuinya.

Pengajarannya kat sini, Uwais dah tunjukkan yang ibunya lebih utama dr cintanya kpd Rasulullah. Rasulullah pernah cakap masa peristiwa Israk dan Mikraj, masa Nabi dah ade kat atas dalam syurga. Nabi ade dengar suara dari bumi. Nabi tanya kat Jibril, suara apa yang Nabi dengar dr dalam syurga tu. Jibril jawab, itulah suara orang yang berbakti kepada ibu bapanya. Suara mereka yang bertuah ni dah kedengaran dalam syurga walaupon pemilik suara ini masih berada di dunia. Subhanallah.

Jadi, ingatlah. Ibu dn ayah ni sangat-sangat penting. Lebih-lebih lagi ibu.
Tanpa mereka, kite takkan ade kat dunia ni. Ibu tu sgalanya.
Cube kite renungkan, brapa banyak kali ibu kite menangis kerana hatinya terluka.
Berapa byk kali pulak ibu kite nangis sebab hatinya bahagia.

Nauzubillah, janganlah kite tergolong dalam anak-anak yang derhaka.

As Salam.