Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Salam Maal Hijrah 1434H

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari Maha Pencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini??. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan...
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sahabat yang dimuliakan, 
Jangan lupa untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah. 
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah...Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan